Friday 4 May 2012

Kerjaya Silang Budaya

Berdasarkan Kamus Dewan (2007), budaya ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi ( cara fikiran ), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang sama ada dari segi pemikiran ,nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.
Kerjaya silang budaya bermakna berlaku ketidakserataan dalam budaya kerja. Seperti yang kita tahu, dalam sesebuah organisasi setiap individu perlu melakukan interaktif dan berkomunikasi dengan individu yang lain. Bermula daripada pihak pengurusan atasan  sehingga ke peringkat pengurusan bawahan. Apabila individu yang ada dalam sesebuah organisasi terdiri daripada pelabgai latar belakang, maka akan wujud pelbagai variasi dalam sesebuah organisasi tersebut. Kesatuan fikiran dan kesatuan amal sukar dicapai apabila wujudnya silang budaya.
Isu-isu kerjaya silang budaya bukanlah suatu perkara baru yang wujud. Namun demikian, usaha yang dijalankan dalam menangani isu-isu ini masih tidak membuahkan hasil. Perkara ini terbukti dengan wujudnya lagi diskriminasi terhadap golongan wanita dan sebagainya. Langkah yang bersesuaian perlu dilaksanakan dan kesedaran masyarakat untuk mengubah kehidupan sendiri amat penting.