Sunday 3 June 2012

ALAT UKURAN MINAT KERJAYA VPI


ALAT UKURAN MINAT KERJAYA VOCASIONAL PREFERENCE INVENTORY (VPI)

Ujian minat adalah ukuran yang dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran VPI adalah alat ukuran yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ dan ‘Tidak’. Alat ukuran VPI mempunyai 160 item dan umumnya mempunyai dua skala iaitu skala Primer dan Skala Sekunder. Skala Primer mempunyai enam subskala iaitu 
Realistik (R),
 Investigatif (I), 
Artistik (A), 
Sosial (S), 
Enterprising (E) 
dan
 Conventional (C).
 sementara Skala Sekunder pula mempunyai lima subskala iaitu Kawalan-Diri (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST), Infrequency (INF) dan Acquiescense (AC). 

UJIAN MINAT KERJAYA


UJIAN MINAT KERJAYA.
Dalam melakukan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang dibentuk oleh John L.Holland. alat ujian ini mengandungi sebanyak 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan jenis personaliti seseorang.

Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis personaliti memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.

Alat ukuran VPI mengandungi dua skala iaitu skala primer dan skala sekunder. Keenam-enam jenis personaliti dan bidang minat kerjaya yang diukur oleh skala primer ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). sementara itu, lima pemboleh ubah yang diukur oleh skala sekunder ialah Kawalan-Diri atau Self-Control (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST), Infrequency (INF) dan Acqueiscence (AC). Kesemua pemboleh ubah tersebut dan enam jenis personaliti ini merupakan 11 subskala dalam inventori ini.
           
Skor yang tinggi pada mana-mana subskala menunjukkan bidang-bidang utama yang diminati sementara skor yang rendah bagi subskala lain pula menunjukkan bahawa personaliti  seseorang itu  tidak selaras dengan bidang minat dan personaliti yang diwakili oleh subskala tersebut (Holland 1969).

Ward dan Walsh (1981) juga telah menguji kesahan serentak alat ukuran VPI dengan menjalankan kajian ke atas 102 wanita berkulit hitam yang bekerja di dalam keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya didapati bahawa VPI mempunyai kesahan serentak yang tinggi. 


ALAT UKURAN MINAT KERJAYA.


ALAT UKURAN MINAT KERJAYA.

Minat kerjaya merupakan sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan personaliti seseorang itu (Darley & Hagenah 1955). Kepuasan atau ketidakpuasan seseorang individu itu terhadap sesuatu objek itu adalah bergantung kepada tindak balasnya. Sementara itu, Holland menyatakan bahawa minat atau pemilihan kerjaya adalah satu ekspresi diri individu dan oleh yang demikian,

Menurut beliau inventori minat adalah serupa dengan inventori personaliti. Minat merupakan konstruk psikologikal yang berbeza-beza mengikut dorongan-dorongan atau insentif-insentif yang tertentu selari dengan matlamat hidup seseorang itu dalam sesuatu budaya (Naqvi 1968:28).

Ahli-ahli teori perkembangan kerjaya berpendapat bahawa minat kerjaya, nilai pekerjaan, nilai keperluan dan cirri-ciri personaliti seseorang itu dapat menentukan penglibatan, penumpuan dan pengekalannya dalam sesuatu bidang pekerjaan dengan bermatlamatkan kepuasan kendiri (Naqvi 1968:21). Minat adalah hasil usaha seseorang itu mengubahsuaikan keperluannya sehingga mencapai tahap kepuasan kendiri yang tertentu. Jalan menuju ke arah pencapaian kepuasan kendiri ini adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan individu yang lain (Super & Crites 1962:410).