ALAT UKURAN MINAT KERJAYA.
Minat kerjaya merupakan
sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan personaliti seseorang itu
(Darley & Hagenah 1955). Kepuasan atau ketidakpuasan seseorang individu itu
terhadap sesuatu objek itu adalah bergantung kepada tindak balasnya. Sementara
itu, Holland menyatakan bahawa minat atau pemilihan kerjaya adalah satu
ekspresi diri individu dan oleh yang demikian,
Menurut
beliau inventori minat adalah serupa dengan inventori personaliti. Minat
merupakan konstruk psikologikal yang berbeza-beza mengikut dorongan-dorongan
atau insentif-insentif yang tertentu selari dengan matlamat hidup seseorang itu
dalam sesuatu budaya (Naqvi 1968:28).
Ahli-ahli
teori perkembangan kerjaya berpendapat bahawa minat kerjaya, nilai pekerjaan,
nilai keperluan dan cirri-ciri personaliti seseorang itu dapat menentukan
penglibatan, penumpuan dan pengekalannya dalam sesuatu bidang pekerjaan dengan
bermatlamatkan kepuasan kendiri (Naqvi 1968:21). Minat adalah hasil usaha
seseorang itu mengubahsuaikan keperluannya sehingga mencapai tahap kepuasan
kendiri yang tertentu. Jalan menuju ke arah pencapaian kepuasan kendiri ini
adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan individu yang lain (Super
& Crites 1962:410).
No comments:
Post a Comment