Sunday 3 June 2012

UJIAN MINAT KERJAYA


UJIAN MINAT KERJAYA.
Dalam melakukan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang dibentuk oleh John L.Holland. alat ujian ini mengandungi sebanyak 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan jenis personaliti seseorang.

Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis personaliti memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.

Alat ukuran VPI mengandungi dua skala iaitu skala primer dan skala sekunder. Keenam-enam jenis personaliti dan bidang minat kerjaya yang diukur oleh skala primer ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). sementara itu, lima pemboleh ubah yang diukur oleh skala sekunder ialah Kawalan-Diri atau Self-Control (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST), Infrequency (INF) dan Acqueiscence (AC). Kesemua pemboleh ubah tersebut dan enam jenis personaliti ini merupakan 11 subskala dalam inventori ini.
           
Skor yang tinggi pada mana-mana subskala menunjukkan bidang-bidang utama yang diminati sementara skor yang rendah bagi subskala lain pula menunjukkan bahawa personaliti  seseorang itu  tidak selaras dengan bidang minat dan personaliti yang diwakili oleh subskala tersebut (Holland 1969).

Ward dan Walsh (1981) juga telah menguji kesahan serentak alat ukuran VPI dengan menjalankan kajian ke atas 102 wanita berkulit hitam yang bekerja di dalam keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya didapati bahawa VPI mempunyai kesahan serentak yang tinggi. 


No comments: