TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat.
seorang arkitek bertanggungjawab
untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula
hingga ke akhir
SYARAT-SYARAT
Sekiranya berminat untuk
memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus Sarjana Muda Seni
Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.
Mereka juga perlu lulus
peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan
Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.
Terdapat beberapa cara untuk
melanjutkan pengajian di bidang ini:
Di Universiti Teknologi
Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di
peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran
termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama
tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan
melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.
.
Program Matrikulasi
Kementerian Pendidikan.
Matrikulasi Sains menawarkan
tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana
Muda Seni Bina di UM dan
Program ini memerlukan calon
lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga
mata pelajaran yang lain.
Terdapat pelbagai saluran
lain lagi untuk mengikuti bidang ini.
Untuk mengikuti pengajian
Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus dan mendapat
sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.
Calon juga perlu lulus STPM
dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik
dan Fizik.
No comments:
Post a Comment