Teori Tret Dan Faktor
Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Ia dikenali dengan berbagai nama, tetapi yang popular ialah teori Tret dan Faktor (Osipow, 1973). Teori ini cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori ini percaya setiap individu yang wujud di dunia ini adalah berbeza dan unik. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak kemampuannya yang unik, tret-tret tertentu yang dapat diukur dengan tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan asas dalam beberapa jenis pekerjaan. Teori ini bersifat kognatif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi.
Teori ini
berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat dan sikap individu serta
keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Parson (dlm. Sidek Mohd Noah)
mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga pekara
iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang
pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang hubungan antara kedua-dua
fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa tugas utama dalam proses
membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu
pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian
kerja yang memuaskan akan terhasil.
Kita unik !
No comments:
Post a Comment