Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.
Ahli dietetik dapat
memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau
kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: pelajar perlu
mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan mendapat kepujian mata
pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk melanjutkan
pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan.
Cara kedua: Pelajar perlu
lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain
itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred D mata
pelajaran biologi.
Cara ketiga: memberi
pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua. Calon perlu lulus
dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik. Di samping
itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu
makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu
Cara keempat: Melalui
kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu diploma sains dari
atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.
No comments:
Post a Comment