Saturday, 21 April 2012

KAUNSELING KERJAYA & KEPENTINGANNYA

Kaunseling atau bimbingan kerjaya bermaksud semua aktiviti yang dijalankan oleh kaunselor yang terlatih di pelbagai peringkat dengan tujuan menyedia dan menggerakkan perkembangan kerjaya seseorang dalam hidupnya. Aktiviti yang terlibat adalah seperti membantu perancangan kerjaya, penyediaan diri, pengambilan keputusan dan juga penyesuaian diri.

Krumboltz dan Sheppard (1969) telah mengesyorkan agar kaedah tertentu dimasukkan dalam penerangan-penerangan vokasional dan dalam bentuk yang formal sebagai rancangan bimbingan dan kaunseling. Hal ini didasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh mereka yang mendapati wujudnya keberkesanan kaunseling tingkah laku dalam beberapa bidang pengambilan keputusan, penerokaan vokasional dan pemilihan pekerjaan. 

Herr dan Cramer (1968) menyatakan, 'besar kemungkinan kejayaan yang dicapai melalui kursus, hubungan dengan peluang mendapatkan pekerjaan kerja dan faktor-faktor pekerjaan itu sendiri, merupakan perkara penting dalam menyediakan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh klien/pelajar-pelajar.

Drever (1964) pula menyatakan bahawa proses perkembangan kerjaya amat perlu bagi pelajar, terutama sekali dalam mempengaruhi sikap dan pengertian mereka kepada bidang kerja serta pengertian para ibu bapa mengenai pekerjaan mengikut kehendak anak-anak mereka tanpa mengikut pengamatan dan kemahuan mereka pula.

Apabila mempelajari kursus ini, kami mendapati kaunseling kerjaya bukans sahaja setakat membantu seseornag dengan keterangan-keterangan mengenai pekerjaan semata-mata, tetapi juga menyedarkan seseorang dengan persiapan dan persediaan bagi menghadapi pekerjaan.

Di dalam kaunseling kerjaya, seseorang itu dibimbing dengan meyakini dirinya sendiri, sehingga dapat membuat pilihan yang tepat dan berkesan tentang kerjayanya.


No comments: