Monday 23 April 2012

BIOPERUBATAN


BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.


Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.
Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.

Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran.

Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.

Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.

Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains

Syarat Melanjutkan Pengajian

Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.
Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.

Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.

Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas.

Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.

Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.

No comments: