Teori Holland
![]() |
Uncle Holland,pandang la sini :) |
Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)
Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika.
Enam personaliti tersebut ialah
- Realistik (R),
- Artistik (A),
- Sosial (S),
- Enterprising (E) dan
- Conventional (C).
Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada
interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah
rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan
persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan
faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan
tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti
ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan
kecekapan tertentu.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973,
Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:
i. Realistik atau agresif- sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity. Individu realistic biasanya akan memilih kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.
![]() |
Cth : Kerjaya mekanik sememangnya lazim bagi kaum lelaki. |
ii. Investigatif atau intelektual - sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.
![]() |
Kerjaya pro-doktor perubatan. Gambar : Kak Esul |
iii. Artistik atau imaginative -
artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistic
menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang
memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, disamping
menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan
berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang
tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas, intuitif
dan lain-lain.
![]() |
Tarian tradisi.. satu kerjaya seni |
iv. Sosial - individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.
v. Enterprising atau extrovert - individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain. Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.
Berbakat |
vi.
Conventional atau praktikal - individu conventional memiliki
minat, kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti
berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam
rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain. Mereka memilih
kerjaya seperti kerani, setiausaha atau operator.
![]() |
Individu yang cenderung bersifat cekap cenderung memilih pekerjaan berorientasikan konvensional. |
Teori Holland
telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam
pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan
dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat
ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah
dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational Preference Inventory
(VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational Exploration and Insight
Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah,
2002).
No comments:
Post a Comment