Wednesday 25 April 2012

Teori Perkembangan kerjaya Anne Roe

Cantik..Anne Roe menyumbang banyak kepada teori kerjaya

Teori ini telah diperkenalkan oleh Anne Roe yang merupakan seorang yang terlatih sebagai ahli psikologi klinikal. Beliau kemudiannya menceburi bidang pembangunan kerjaya melalui penyelidikan yang dilakukannya (Osipow, 1973). Teori Roe mengintergrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan. 

Teori ini menumpukan kepada dua bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan bertujuan untuk melihat hubungan semua bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa kanak-kanak. Menurut Roe (Zunker, 1986), pengalaman awal kanak-kanak di rumah bersama ibu bapa merupakan asas kepada pembentukan personaliti dan sikap individu terhadap pemilihan termasuklah pemilihan kerjaya. Kanak-kanak menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai model peranan dan tauladan. 
 Teori pemilihan kerjaya Roe menyenaraikan tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Faktor-faktor tersebut ialah ; 1. latar belakang genetik, 2. pengaruh tenaga psikik serta  3. pengaruh genetik dan hieraki keperluan individu (Sidek Mohd Noah, 2002).

  • Menurut Roe (dlm. Sidek Mohd Noah, 2002, Osipow, 1973), faktor latar belakang genetik mempengaruhi minat, kecerdasan, sikap dan personaliti individu yang akhirnya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Selain itu, ia turut mempengaruhi sifat fizikal individu seperti ketinggian, kecantikan dan kecacatan individu. Individu yang rabun warna sudah tentu tidak sesuai untuk menjadi ahli kimia.

  • Manakala faktor pengaruh tenaga psikik pula merupakan perkembangan keupayaan khas seseorang individu ditentukan oleh ke arah mana tenaga psikik diperkembangkan di luar kawalan atau tanpa sedar. Arah perkembangan ini pula terlebih dahulu ditentukan oleh bentuk kepuasan dan kekecewaan yang dialami oleh individu pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat kanak-kanak, keperluan yang paling asas ialah keperluan untuk rasa dimiliki dan ini akan kekal sebagai elemen-elemen tidak disedari oleh individu tersebut. Keperluan tidak sedar ini akan membentuk tenaga psikik dan seterusnya akan mempengaruhi bidang kerjaya individu.
 
Imbas. 5 keperluan yang kita nak dalam hidup kita mengikut Maslow.
 sedar atau tidak? :)

  • Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hieraraki keperluan mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Antara keperluan utama yang dikenal pasti oleh Maslow ialah keperluan fasiologikal, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi terbentuk dan keperluan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperluan yang paling tinggi iaitu kesempurnaan kendiri. Keperluan yang kuat untuk memenuhi sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang sangat kuat yang akan menggerakkan individu.
Roe (Zunker, 1986) telah mengklasifikasikan kerja kepada dua kategori utama iaitu person oriented dan non-person oriented
contoh Person oriented- kerja dengan orang.
  • Pekerjaan yang bersifat person oriented adalah seperti perkhidmatan, hubungan perniagaan, pengurusan (pengurusan dalam kerajaan, industri, perniagaan), budaya secara umum (mengajar, menteri, wartawan), keseniaan dan persembahan
contoh non oriented- perhutanan.
  • Manakala pekerjaan yang bersifat non-person oriented pula ialah pekerjaan yang berkaitan teknologi, kerja-kerja luar (pertanian, perhutanan, perlombongan) dan sains. Pemilihan kerjaya tersebut mengikut Roe ditentukan oleh tahap keupayaan individu dan laterbelakang sosio-ekonomi. Kemuncak kepada hubungan antara anak dan ibubapanya merupakan faktor pengerak utama keinginan minat dan sikap yang kemudiannya mengrefleksikan pemilihan kerjaya seseorang.
 

No comments: