Tuesday 24 April 2012

Teori Perkembangan Krumboltz, Mitchell dan Gelatt


Teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt

Teori ini lebih cenderung kepada pengaruh kehidupan terhadap pemilihan kerjaya. Teori ini dikemukan oleh Krumboltz, Mitchell dan Gelatt pada tahun 1975 dan diperbaharu pada tahun 1995 oleh Krumboltz dan Mitchell sahaja (Zunker, 1986). Teori ini menjelaskan terdapat empat faktor dalam proses pemilihan kerjaya iaitu:

a. Pengaruh baka dan kebolehan individu
b. Persekitaran
c. Pengalaman belajar
d. Kemahiran menjalankan tugas.

  • Pengaruh baka dan kebolehan individu merupakan sifat yang diwarisi yang mungkin membataskan peluang pekerjaan individu. 
  • Pengaruh persekitaran dan peristiwa dilihat sebagai faktor yang selalunya di luar kawalan individu. Seperti banjir dan bencana alam memberi kesan kepada kondisi ekonomi yang memberi kesan kepada kerjaya.
  • Pengalaman belajar meliputi alat-alat pengalaman dalam belajar dan yang mempunyai hubungan dengan pengalaman berlajar. 
  • Kemahiran dalam menjalankan tugas meliputi satu bentuk kemahiran individu yang telah dibangunkan seperti kemahiran menyelesaikan masalah, tabiat kerja, set minda, respon emosi dan kognatif. Faktor-faktor ini mampu membantu individu mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, mengenalpasti kemahiran sendiri dan menetapkan kebolehan individu dalam carrer-entry, contohnya dalam memilih pekerjaan dan memilih pusat pengajian atau latihan yang bersesuaian.
Keluarga menjadi peranan yang penting dalam pemilihan kerjaya seseorang individu.


No comments: