Tuesday 24 April 2012

Sebab memilih kerjaya


SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN

Dewasa ini sememangnya remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran. Memetik kata-kata dari kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.

"Umpamanya, orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,'  

Contohnya, kita ambil kerjaya wartawan.Wartawan termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas. Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.Seperkara lagi, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat. Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.Sebagai contoh ; Asalnya seseorang itu suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi orang lain. Jadi,perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya, menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya.
Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.

"Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,- Hushim Salleh

Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga. Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru. Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'. Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka. Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya. Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak. Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar. Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional. Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman. Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa. Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.

"Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,'' tegasnya.

Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media. Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman. Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya.

APAKAH KERJAYA IMPIAN ANDA ? KITA KONGSIKAN BERSAMA DISINI.

No comments: