Monday 23 April 2012

BIOTEKNOLOGI


Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains. Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun.

Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik.
Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.
Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.
Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

No comments: