Sunday 22 April 2012

TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA

Perkataan perkembangan digunakan dalam konteks ini, dan tidak pilihan atau pemilihan kerana ia adalah satu pendapat baru yang masih belum daapt diterima umum.

 Entri ini klik di sini menulis berkaitan dengan kepentingan teori kerjaya. Asas teori ialah untuk memahami bagaimana seseorang individu berkembang dari segi vokasional. Ini akan memberi panduan kepada kaunselor menyelesaikan masalah dan mengelakkan  kebuntuan supaya dapat maju dengan berkesan dan berpuas hati. setiap kaunselor, pembantu kaunselor, dan pekerja bimbingan mempunyai beberapa andaian yang dijadikan panduan sebagai asas tindakannya.

KLASIFIKASI TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA

Teori yang diasingkan mengikut ciri-ciri yang sama membantu kita memahami dan menggunakannya dengan mudah.Teori -teori kerjaya diklasifikasi mengikut ciri-ciri berikut :

1. Faktor dan trait
    Fokus kategori ini adalah pada trait  personal sikap, minat, dan perhubungannya dengan trait-trait yang  
    diperlakukan oleh jawatan itu.

2. Teori Pilihan
    Seseorang individu memilih jawatan yang memberi gaji yang lumayan mengikut konsep daripada teori pilihan

3. Penekanan Sosiologikal.
    Faktor sosiologikal seperti kumpulan dan struktur sosial memberi pengaruh kepada perkembangan  
    vokasional dan pemilihan

4. Penekanan Psikologikal
    Perkembangan dan pemilihan bergantung kepada gabungan psikologi seseorang misalnya, motivasi,
    struktur personaliti dan keperluan.

5. Penekanan Perkembangan
    Teori melebihi semua perkembangan yang terdapat pada seseorang selepas beberapa ketika.

Di sini, dapat kami jelaskan bahawa setiap teori mempunyai ciri-ciri tertentu, namun hal ini bukan bermakna seseorang itu menggunakan cuma satu teori sahaja dan meninggalkan yang lain. Herr dan Cramer mengatakan bahawa kategori ini bukanlah berasingan, tetapi bergabung memerintah corak manusia yang berlainan, hasilnya terdapat perangai dan pilihan seperti di atas.

No comments: