Sunday 22 April 2012

TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

Terdapat lima tugas yang telah dikhususkan oleh Donald E.Super iaitu

*Kristalisasi (14-18 tahun)
Dalam masa proses kognitif membentuk satu matlamat umum kerjaya menerusi sumber-sumber kesedaran, minat, nilai-nilai, dan merancang kerja yang dikehendakinya.

* Pengkhususan (18-21 tahun)
Dalam masa bergerak dari pemilihan cadangan-cadangan kerjaya kepada pemilihan satu kerjaya yang tertentu.

* Perlaksanaan (21-24 tahun)
Dalam masa memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki pekerjaan

* Kestabilan (24-35 tahun)
Dalam masa penetapan pemilihan kerjaya oleh pengalaman bekerjanya yang sebenar dan menggunakan bakat untuk menunjukkan pemilihan kerjaya itu sebagai suatu yang paling tepat

* Pengukuhan (35+ tahun)
Dalam masa memperkenalkannya ke dalam kerjaya oleh berlanjutan, status, dan senioriti atau kekananan




No comments: